Minggu, 14 Juli 2013

✽ SEPULUH WASIAT UNTUK MUSLIMAH YANG AKAN MENIKAH ✽



1- Jalinkan hubungan dengan suami dengan penuh ketaatan.

2- Sentiasalah membanggakan suamimu kerana ini akan membuatkannya bertambah kasih padamu.

3- Benarkanlah segala pendapat dan sikapnya (selagi tidak bertentangan dengan syariat) nescaya, dia akan bersikap lembut terhadapmu.

4- Uruskan rumah tangga dengan baik dan sempurna.

5- Sentiasalah memelihara diri, keluarga dan kehormatannya.

6- Simpanlah segala rahsianya dengan baik. Jangan sesekali kamu membantah suruhannya kerana ini akan melukakan hatinya.

7- Jagalah waktu makan dan waktu istirehatnya kerana perut yang lapar akan membuatkan darah cepat naik. Tidur yang tidak cukup akan menimbulkan keletihan.

8- Jika dia sedang bergembira, janganlah kamu menunjukkan kesedihan. Kamu mesti pandai mengikut suasana hatinya.

9- Hiasilah dirimu selalu agar dia gembira apabila memandangmu.

10- Jadikanlah dirimu itu sebagai pembantu kepadanya, nescaya dia akan menjadi penolong pula kepadamu.

Semoga bermanfaat,

Tidak ada komentar:

Posting Komentar